Nasi Bukhari Ayam @Udang
***************
1 kg beras basmathi direndam 20 minit
Ayam 1 ekor dipotong @udang 1 kg
I cawan minyak masak
3 sudu minyak sapi
3 biji bawang besar dipotong dadu
7 ulas bawang puteh
4 biji lada hijau dihiris
2 batang daun ketumbar
6 helai daun pudina
3helai daun salam@bay leaves
3 biji tomato dipotong dadu
2 sudu makan tomato puree
7 sudu besar rempah Bukhari
Kismis
Sayur campur (mixed vegetables)
Pewarna kuning @ safron
Cara2:
********
1: Tumiskan bawang puteh bulat2 bila dah kuning masukkan bawang besar dadu tumis lagi
2: masukkan cili hijau tumis lagi kemudian masukkan tomato dan tomato puree, rempah bukhari, daun pudina daun ketumbar dan naik minyak masukkan ayam dan sedikit air dan garam
3: masak sampai ayam tu masak
4: masukkan beras atas ayam taburkan kismis sayur campur dan daun pudina hiris dan titis2kan pewarna kuning @ safron atas beras tadi kemudian tutup kan periuk rapat2 perlahankan api ..masak sampai nasi sampai masak.
5: bila nasi sudah masak gaulkan semua bahan2 yg ada dlm nasi tadi.
Selepas itu boleh lah dihidangkan.
Cara2 masak nasi:
*******************
1:Rendam beras basmathi 20 minit
Selepas itu ditoskan
2: masak air hingga mendidih baru masukkan beras tadi banyak air pun tk apa
3:masak beras sampai 3/4 masak bila beras sudah masak angkat toskan terus masuk atas ayam @udang tadi dan bahan2 yang diatas tadi..
4: perlahankan api masaklah nasi sampai masak...
Nasi tadi boleh di makan dengan kurma ayam dan salatoh simple...
Salatoh simple
****************
Timun
Tomato
Bawang besar
Cili hijau
Daun ketumbar
Daun pudina
Lada hitam
Garam
Air lemon
Gaul semua bahan2..
Selamat mencuba..
.
No comments:
Post a Comment