Tuesday 26 January 2016

Oyster Mee Suah


Assalammualaikum sahabat2 kak ida semua..dah lama tak update blog..harini kak ida nak bagi resepi Oyster Mee Suah cara kak ida lah..kak ida mmg suka makan mee ni bila pergi Jusco iaitu makanan Taiwan..tapi bila makan di situ siap ada oyster nya@ tiram...oyster tu tak penting sgt yg penting kuahnya tu mesti sedap dan terbaikk...hehehe..harini anak2 tak meniaga semua dok berehat..apa lagi masa ni lah akak rajin nak masak..akak try2 lah buat jadilah kata anak2 pastu siap kata sedap lagi..hehehe..tq anak2 mak..
Ok lah panjang lak citer2 kak ida ni kan..ni kak ida bg resepi ok.cuba lah k..



Resepi Oyster Mee Suah
***********************
Bahan A untuk kuah
***********
Bawang besar
Bawang puteh
Halia sedikit
Serbuk ketumbar sedikit
Serbuk Lada hitam
Kiub ayam
Kicap mee 
Kicap cair
Minyak bijan
Sos tiram
Daun ketumbar dihiris halus
Tepung jagung
Garam 
Gula

Bahan  B
*********
Ayam direbus bersama garam dan lada puteh sedikit ..bila ayam sudah masak angkat sejukkan carik2kan isi ayam halus2 ketepikan
Air rebusan ayam boleh dimasukkan di bahan2 A

Cara2 membuat kuah tumis bawang besar halia dan bawang puteh yg telah dikisar halus hingga naik bau kemudian masukkan air rebusan ayam dan semua bahan2 A kecuali tepung jagung untuk memekatkan kuah..masak sehingga mendidih dan pekat.Rasa kuah mesti ada manis sedikit dan masin kalau nak letak telur goyang pun boleh dlm kuah ..
*********
Mee suah dicelur selama 1 minit
Curahkan kuah atas mee suah kemudian letakkan carikkan ayam tadi diatas mee dan daun ketumbar utk hiasan dan sambal tumisnya

Sambal tumis
**********
Cili boh
Bawang besar
Bawang puteh
Ditumis semua bahan2  kemudian letak garam dan gula..masak macam sambal tumis.. 
Ok selamat memasak sahabat2 semua..

*********************






No comments:

Post a Comment