Sunday, 28 February 2016

Prawn Baked Beans (kacang panggang udang)



Kacang Panggang Udang
*************************
1 tin Kacang panggang(baked beans)
2 ulas bawang puteh
1 biji bawang besar
4 sudu besar sos tomato
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah @ lada hitam
Garam
Udang secukupnya
Daun ketumbar dihiris

Cara2nya:
*************
Tumis bawang puteh dan bawang besar yg dicincang bila sudah naik bau masukkan semua bahan2 kecuali udang bila sudah mendidih baru masukkn udang ..golek golek udang tu sekejap baru angkat dan boleh lah di makan bersama telur mata@ telur hancur dan roti..


Nasi Bukhari Ayam dan Nasi Bukhari Udang



Nasi Bukhari Ayam @Udang
***************
1 kg beras basmathi direndam 20 minit
Ayam 1 ekor dipotong @udang 1 kg
I cawan minyak masak 
3 sudu minyak sapi
3 biji bawang besar dipotong dadu
7 ulas bawang puteh
4 biji lada hijau dihiris
2 batang daun ketumbar
6 helai daun pudina
3helai daun salam@bay leaves
3 biji tomato dipotong dadu
2 sudu makan tomato puree
7 sudu besar rempah Bukhari
Kismis
Sayur campur (mixed vegetables)
Pewarna kuning @ safron




Cara2:
********
1: Tumiskan bawang puteh bulat2 bila dah kuning masukkan bawang besar dadu tumis lagi
2:  masukkan cili hijau tumis lagi kemudian masukkan tomato dan tomato puree, rempah bukhari, daun pudina daun ketumbar dan naik minyak masukkan ayam dan sedikit air dan garam
3: masak sampai ayam tu masak 
4: masukkan beras atas ayam taburkan kismis sayur campur dan daun pudina hiris dan titis2kan pewarna kuning @ safron atas beras tadi kemudian tutup kan periuk rapat2  perlahankan api ..masak sampai nasi sampai masak.
5: bila nasi sudah masak gaulkan semua bahan2 yg ada dlm nasi tadi.
Selepas itu boleh lah dihidangkan.


Cara2 masak nasi:
*******************
1:Rendam beras basmathi 20 minit
Selepas itu ditoskan
2: masak air hingga mendidih baru masukkan beras tadi banyak air pun tk apa
3:masak beras sampai 3/4  masak  bila beras sudah masak  angkat toskan terus masuk atas ayam @udang tadi dan bahan2 yang diatas tadi..
4: perlahankan api masaklah nasi sampai masak...
Nasi tadi boleh di makan dengan kurma ayam dan salatoh simple...


Salatoh simple
****************
Timun
Tomato
Bawang besar
Cili hijau
Daun ketumbar
Daun pudina
Lada hitam
Garam 
Air lemon
Gaul semua bahan2..





Selamat mencuba..



.




Wednesday, 24 February 2016

Cucur Roti Wholemeal




Cucur Roti Wholemeal
********************
Roti Wholemeal  dicarik kecil2
Ayam kisar@ udang
Bawang besar
Daun bawang
Daun sup
Lada sulah
Sayur campur
Tomato bulat
Telur
Garam

Cara2nya:
*************
Potong dadu bawang besar dan tomato
Hiris semua daun sup daun bawang
Gaul semua2 bahan kepal2 bulat goreng dlm minyak panas buat mcm cucur ikan bilis..
Cucur roti ni sesuai dimakan bila2 masa saja.
Selamat mencuba simple mudah dan cepat..




Sandwich banana Cheese Cream Crackers




Sandwich Banana Cream Cheese Crackers
****************************
Bahan2nya:
************
Pisang montel
Biskut masin



Biskut sandwich ni mmg sedap dimakan waktu minum petang.simple sedap dan mudah..
***********



Tuesday, 23 February 2016

Nasi Arab Simple Kebab Ayam Timun Yogurt dan Sambal Terung



Nasi Arab Simple
******************
3 cawan  beras basmathi rendam 20 minit
4 1/2 cawan air
1 biji bawang besar
4 ulas bawang puteh
4 sudu besar mentega
Sedikit pewarna kuning @ safron

Cara2nya
********
1: Toskan beras yg direndam tadi
2: didihkan air bersama butter bawang2 dan garam
3: bila sudah mendidih air masukkan beras dan biar hingga masak
4:bila sudah kering nasi titis kan pewarna kuning atau safron kedalam nasi dan biar nasi masak secukup nya kemudian baru dikacau nasi tadi..
*******************


Kebab Ayam
*************
1 kg ayam kisar
1 biji bawang besar dicincang halus
3 ulas bawang puteh dicincang halus
1 sudu makan paprika.
1 sudu kecil lada puteh
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk jintan puteh
1 sudu kecil rempah beryani
Sedikit daun sup dihiris halus
2 sudu makan minyak sayur
Sedikit garam.

Cara2nya:
**********
Gaulkan semua bahan2 dan perapkan selama 1 jam didalam petiais
Bila sudah perap buatkan bulat2 leper sehingga habis bakar didalam oven atau pemanggang ajaib hingga kekuningan.
Sudah masak cucuk dilidi satay..makan bersama nasi arab tadi..



Timun Yogurt
**************
5 biji timun jepun @ timun biasa dipotong dadu
2 biji bawang besar dicincang halus
2 cawan yogurt asli
1 sudu kecil lada hitam
1 biji air perahan lemon
Sedikit garam
Gaulkan semua bahan2 kemudian di simpan dalam petiais sebelum hendak makan..


Sambal terung 
******************
1 kg terung panjang di belah dua bakar hingga lembut
2 biji bawang besar 
4 ulas bawang puteh
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil kunyit serbuk
2 sudu mentega
Sedikit minyak masak
Garam
Sedikit gula

Cara2nya
********
Terung yang telah lembut ambil isinya sahaja kulit tk perlu..
Tumis bawang2 tadi bersama mentega dan minyak hingga naik bau masukkan lada hitam kunyit garam dan gula sedikit..selepas tu masukkan terung yg telah dikisar halus dan masak hingga mendidih
**************
Sambal terung ini juga sedap dimakan dengan roti biasa atau garlic bread..mmg sedap..dan tambahan lauk untuk nasi arab ni shbt2 boleh bakar tomato dan lada benggala ya..


Selamat mencuba...
😍😍😍😍😍😍😍








Coriander Fried Rice & Meatball Sweet Sour Brinjal

Selamat pagi shbt2 semua hari ni kak ida nk update dan share menu baru dr kak ida iaitu Coriander fried rice@nasi goreng rempah dan Meatball sweet sour brinjal. ..ltk nama omputeh ada style sikit hehehe..konon2 nya lah ...rumah kak ida ni mmg style makan yg pelik2 dan kelainan sikit..lg akak suka memasak..tk kira apa yg ada dlm petiais main bedal je masak..alhamdulillah tiap kali akak masak suami dan anak2 kata sedap..pd hal main campak2 je...hahaha..oklah ni resepi2 akak bg ya..


CORIANDER FRIED RICE
*************************
Bahan2 nya:
*************
6 cawan nasi puteh yg telah disejukkan 
Telur 2 biji dan isi ayam
2 ulas bawang besar
4 ulas bawang puteh
1 sudu besar serbuk rempah bulat
1/2 sudu kecil lada puteh
1/2 sudu kecil lada hitam
1 kiub ikan bilis
Garam
Cara2nya:
********** 
Tumis bawang puteh dan bawang besar yang sudah dikisar hingga naik bau kemudian masukkn semua bahan2 diatas
Bila sudah betul2 masak bahan2 tersebut masukkn nasi tadi gaul hingga masak dan masukkan sayur2annya..
Bahan2 sayur2an
****************
Lobak merah
Kacang panjang
Daun sup
Saleri 
Daun bawang
Terpulanglah hendak letak apa2 sayur pun..
*****************************************




Meatball Sweet Sour Brinjal
************************
Bebola daging@ ayam 1 kg di goreng dulu
Tomato 7 biji di kisar halus
2 biji bawang besar
5 ulas bawang puteh
1 inci halia muda@ halia biasa
2 sudu besar serbuk rempah bulat
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar lada sulah
5 sudu besar cili sos
Garam 
Gula
Tepung jagung untuk pekatkan kuah

Cara2nya
*********
Tumis bawang besar,halia dan bawang puteh yang telah dikisar hingga naik bau kemudian masukkan tomato dan semua bahan2 diatas kecuali daging dan tepung jagung..bila sudah mendidih masukkan tepung jagung dalam kuah dan masukkan daging dan sayur2an nya hingga masak..
Sayur2an
*********
Terung di belah dua digorengkan dulu
Lada benggala hijau dan merah(capsicum) dihiris kasar2
I batang saleri di hiris
Bawang besar dipotong bulat2
*********************
Bila dah masak boleh dihidang seperti diatas atau cara tersendiri ya sahabat2..
SELAMAT MENCUBA
*********************







Monday, 15 February 2016

Pan Mee Dry Chilly






Pan Mee Dry Chilly
*******************
Mee soya 
Daging @ayam kisar 500 gm
1/2 cawan minyak masa
2 ulas bawang besar
4 ulas bawang puteh
1 kiub ikan bilis
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada sulah
Kicap cair gantikan garam
Cara2nya
**********
Rebus kan mee soya hingga lembut toskan.
Tumiskan bawang puteh dan bawang merah yang sudah dicincang halus hingga naik bau..kemudian masukkn semua bahan2 diatas masak sampai kering sikit..

Bahan2 sayur2an
**************
Daun bawang
Bawang goreng
Cendawan shitake direbus hingga lembut baru dihiris nipis2
Sawi jepun
Ikan bilis di goreng
Telur goyang
Kepingan cili kering yg tlh digoreng

Kuah Sup
******
Bawang puteh
Bawang merah
Tumis hingga naik bau
Masukkan air,lada sulah,kiub ayam dan garam.







Kalau nak makan mee ni setiap.satu pinggan kuahnya hanyalah satu senduk sbb dia bukan jenis mee sup hanya nak basah2kan mee saja.Selamat menjamu selera..