Sunday 28 February 2016

Nasi Bukhari Ayam dan Nasi Bukhari Udang



Nasi Bukhari Ayam @Udang
***************
1 kg beras basmathi direndam 20 minit
Ayam 1 ekor dipotong @udang 1 kg
I cawan minyak masak 
3 sudu minyak sapi
3 biji bawang besar dipotong dadu
7 ulas bawang puteh
4 biji lada hijau dihiris
2 batang daun ketumbar
6 helai daun pudina
3helai daun salam@bay leaves
3 biji tomato dipotong dadu
2 sudu makan tomato puree
7 sudu besar rempah Bukhari
Kismis
Sayur campur (mixed vegetables)
Pewarna kuning @ safron




Cara2:
********
1: Tumiskan bawang puteh bulat2 bila dah kuning masukkan bawang besar dadu tumis lagi
2:  masukkan cili hijau tumis lagi kemudian masukkan tomato dan tomato puree, rempah bukhari, daun pudina daun ketumbar dan naik minyak masukkan ayam dan sedikit air dan garam
3: masak sampai ayam tu masak 
4: masukkan beras atas ayam taburkan kismis sayur campur dan daun pudina hiris dan titis2kan pewarna kuning @ safron atas beras tadi kemudian tutup kan periuk rapat2  perlahankan api ..masak sampai nasi sampai masak.
5: bila nasi sudah masak gaulkan semua bahan2 yg ada dlm nasi tadi.
Selepas itu boleh lah dihidangkan.


Cara2 masak nasi:
*******************
1:Rendam beras basmathi 20 minit
Selepas itu ditoskan
2: masak air hingga mendidih baru masukkan beras tadi banyak air pun tk apa
3:masak beras sampai 3/4  masak  bila beras sudah masak  angkat toskan terus masuk atas ayam @udang tadi dan bahan2 yang diatas tadi..
4: perlahankan api masaklah nasi sampai masak...
Nasi tadi boleh di makan dengan kurma ayam dan salatoh simple...


Salatoh simple
****************
Timun
Tomato
Bawang besar
Cili hijau
Daun ketumbar
Daun pudina
Lada hitam
Garam 
Air lemon
Gaul semua bahan2..





Selamat mencuba..



.




No comments:

Post a Comment