Tuesday 23 February 2016

Nasi Arab Simple Kebab Ayam Timun Yogurt dan Sambal Terung



Nasi Arab Simple
******************
3 cawan  beras basmathi rendam 20 minit
4 1/2 cawan air
1 biji bawang besar
4 ulas bawang puteh
4 sudu besar mentega
Sedikit pewarna kuning @ safron

Cara2nya
********
1: Toskan beras yg direndam tadi
2: didihkan air bersama butter bawang2 dan garam
3: bila sudah mendidih air masukkan beras dan biar hingga masak
4:bila sudah kering nasi titis kan pewarna kuning atau safron kedalam nasi dan biar nasi masak secukup nya kemudian baru dikacau nasi tadi..
*******************


Kebab Ayam
*************
1 kg ayam kisar
1 biji bawang besar dicincang halus
3 ulas bawang puteh dicincang halus
1 sudu makan paprika.
1 sudu kecil lada puteh
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk jintan puteh
1 sudu kecil rempah beryani
Sedikit daun sup dihiris halus
2 sudu makan minyak sayur
Sedikit garam.

Cara2nya:
**********
Gaulkan semua bahan2 dan perapkan selama 1 jam didalam petiais
Bila sudah perap buatkan bulat2 leper sehingga habis bakar didalam oven atau pemanggang ajaib hingga kekuningan.
Sudah masak cucuk dilidi satay..makan bersama nasi arab tadi..



Timun Yogurt
**************
5 biji timun jepun @ timun biasa dipotong dadu
2 biji bawang besar dicincang halus
2 cawan yogurt asli
1 sudu kecil lada hitam
1 biji air perahan lemon
Sedikit garam
Gaulkan semua bahan2 kemudian di simpan dalam petiais sebelum hendak makan..


Sambal terung 
******************
1 kg terung panjang di belah dua bakar hingga lembut
2 biji bawang besar 
4 ulas bawang puteh
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil kunyit serbuk
2 sudu mentega
Sedikit minyak masak
Garam
Sedikit gula

Cara2nya
********
Terung yang telah lembut ambil isinya sahaja kulit tk perlu..
Tumis bawang2 tadi bersama mentega dan minyak hingga naik bau masukkan lada hitam kunyit garam dan gula sedikit..selepas tu masukkan terung yg telah dikisar halus dan masak hingga mendidih
**************
Sambal terung ini juga sedap dimakan dengan roti biasa atau garlic bread..mmg sedap..dan tambahan lauk untuk nasi arab ni shbt2 boleh bakar tomato dan lada benggala ya..


Selamat mencuba...
😍😍😍😍😍😍😍








No comments:

Post a Comment